Oleh NOR AINNA HAMZAH
KUALA PILAH – Empat buah kedai di pekan Air Mawang, Johol dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 7.50 pagi tadi.
Premis bangunan terbakar berkenaan melibatkan beberapa premis seperti kedai motosikal, kedai runcit, dan kedai gunting rambut dengan 80 peratus daripadanya merupakan bangunan kayu.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Ahmad Mukhtar dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.59 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
“Seramai 22 anggota bomba membantu memadam kebakaran dengan tiga buah jentera masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Tampin dan Bahau turut digunakan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhya.-K! ONLINE