fbpx

Dua remaja langgar lampu isyarat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa terperosok dibawah sebuah kereta terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba.

SERDANG – Padah melanggar lampu isyarat merah, dua remaja maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar dua buah kereta di Jalan Puchong berhampiran lampu isyarat Bukit Kuchai, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.44 pagi itu, kedua-dua mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua remaja yang menunggang sebuah motosikal telah melanggar lampu isyarat merah.

Menurut beliau, motosikal itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta yang baru bergerak ketika lampu hijau di lorong sebelah kanan.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa telah tercampak ke laluan sebelah kiri jalan. Pada masa yang sama datang sebuah kereta lain telah melanggar mereka.

“Kedua-dua mangsa bersama motosikal mereka diseret kira-kira 50 meter dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismadi berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI