Oleh ZAKI SALLEH
IPOH – Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Sauk, Kampung Baru Buntong di sini pagi ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan 80 peratus premis itu terbakar.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mahmud Azaddin Najamuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.09 pagi.
“Sejurus itu, sepasukan anggota berserta jentera bergegas ke tempat kejadian.
“Setiba di lokasi didapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel serta tujuh kenderaan yang diletak di luar bengkel,” katanya.
Operasi pemadaman turut dibantu anggota BBP Pasir Puteh, sukarelawan bomba Pekan Baru dan Menglembu
Mohamadul Ehsan berkata, tiada mangsa dilaporkan kerana bengkel berkenaan ditutup pada hujung minggu. -K! ONLINE