fbpx

Bank Rakyat kenal pasti 190,000 pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) telah mengenal pasti hampir 190,000 akaun pembiayaan pelanggannya yang berpotensi terjejas untuk pelaksanaan bantuan kewangan bersasar, melibatkan tawaran lanjutan moratorium selama tiga bulan.
Menurutnya, bank rakyat telah mula menghubungi pemilik akaun berkenaan secara berperingkat dengan lebih 20 peratus daripada mereka telah pun dihubungi.
“Seiring dengan komitmen memacu kemajuan industri keusahawanan negara, Bank Rakyat turut menawarkan bantuan bersasar kepada individu terkesan yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Kami menawarkan fleksibiliti sama ada dengan membayar keuntungan sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan ansuran bulanan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Bank Rakyat menjelasnkan, pelanggan boleh membuat permohonan menerusi salah satu saluran komunikasi Bank Rakyat iaitu e-mel ke [email protected], hubungi pusat panggilan di talian 1300800800 atau mengunjungi cawangan Bank yang berdekatan.
Orang ramai juga digalakkan melayari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat di Facebook, Instagram dan Twitter untuk sebarang maklumat lanjut.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan moratorium bagi bayaran balik pinjaman bank yang akan berakhir secara automatik pada 30 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI