fbpx

Lebanon sudah jatuh ditimpa tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA membungkus roti di sebuah kilang membuat roti di ibu kota Lebanon, Beirut pada 1 Julai lalu. – AFP

BEIRUT – Letupan di pelabuhan Beirut memusnahkan gudang simpanan gandum terbesar di Lebanon dan mencetuskan kebimbangan rakyat bahawa bekalan roti terputus.

Kemusnahan pelabuhan Beirut dalam letupan amat kuat Selasa lalu menyukarkan lagi akses makanan di mana rakyat Lebanon bergantung kepada 85 peratus import makanan.

Ini termasuk gandum bagi menghasilkan roti yang menjadi makanan ruji rakyatnya. Sebungkus roti dengan berat 900 gram dijual pada harga subsidi 2,000, pound Lebanon (RM5.60) di negara itu.

“Apabila kami melihat gudang dan kilang gandum musnah, kami panik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian kedai roti Wooden Bakery, Ghassan Bou Habib.

Sekitar 15,000 tan gandum, jagung dan barli musnah dalam letupan itu. Sekurang-kurangnya sebuah kapal yang menurunkan gandum turut rosak.

Pengilang dan pengguna Lebanon bimbang kemusnahan gudang berkapasiti 12,000 tan itu akan menyukarkan lagi pengeluaran bahan makanan dan menjadikan harga roti lebih mahal. Kemelesetan ekonomi juga menyebabkan kuasa beli rakyat berkurang.

Walaupun sebelum letupan tersebut berlaku, 50 cawangan kedai roti Wooden Bakery hanya mendapat dua pertiga daripada 70 tan gandum yang diperlukannya setiap hari.

Sehari selepas letupan besar berlaku, beratus-ratus pelanggan berpusu-pusu ke kedai roti Al-Kaboushieh Bakery di tengah Beirut untuk membeli stok roti.

“Kami kehabisan roti. Semua orang membeli lima beg roti dan bukan satu seperti kebiasaannya,” kata pekerja kedai berkenaan, Hayder Mussawi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI