fbpx

Wanita cuba bunuh diri diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya memujuk seorang wanita yang cuba membunuh diri di sebuah hotel di Sitiawan hari ini.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Seorang wanita yang mengalami tekanan perasaan cuba membunuh diri apabila mahu terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Taman Acheh Jaya, Sitiawan, dekat sini pagi tadi.

Kelibat wanita berusia 33 tahun itu disedari orang ramai sebelum membuat panggilan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jurucakap JBPM Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.49 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mendapati wanita itu berada dalam posisi di tepi bangunan dan kelihatan cuba terjun dari bangunan itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota pasukan itu yang diketuai Pegawai Bomba Mohd Zaki Zainol mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk wanita itu sebelum berjaya menyelamatkannya.

Katanya, wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi itu tamat pada pukul 10.30 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI