fbpx

United kembali jadi keutamaan Lingard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINGARD kembali menemui sentuhan apabila meledak gol pertama ketika United menundukkan LASK 2-1 awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pemain te­ngah Manchester United, Jesse Lingard percaya masa depannya adalah bersama kelab itu selepas berjaya meledak gol pertama pasukannya ketika menewaskan LASK pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa awal pagi semalam.

Lingard membuka tirai jaringan­ pada minit ke-57 sebelum Anthony Martial mencetak nama selaku penjaring gol kedua pada minit ke-88 untuk United mencatat kemenangan 2-1 sekali gus mara dengan agregat 7-1.

Jaringan berkenaan merupakan gol keduanya musim ini selepas membuka akaun jaringan ketika aksi terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City menyebabkan dia semakin yakin dengan persembahan sendiri.

“Sudah tentu saya menjadi semakin yakin selepas berjaya menjaringkan gol. Saya mahu terus menambah jumlah jaringan dan berharap mampu untuk te­rus konsisten sepanjang kempen.

“Apabila mental kamu tidak berada di tempat yang betul, ia menjejaskan keseluruhan termasuk karier sebagai pemain bola sebelum ini. Saya sangat suka bermain bola dan Manchester United adalah darah saya. Saya mahu kekal di sini,” katanya.

Lingard sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan Old Trafford ekoran prestasi yang merudum serta kegagalannya mengekalkan diri dalam ke­sebalasan utama.

United bakal berdepan FC Copanhagen pada Selasa ini untuk aksi suku akhir bagi melangkah ke saingan separuh akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI