fbpx

Tempoh dua tahun cukup buat Malaysia persiapkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIN percaya skuad hoki kebangsaan mempunyai masa selama dua tahun untuk mempersiapkan pasukan bersaing pada Sukan Asia 2022.

PENGENDALI sementara skuad hoki negara, Muhammad Amin Rahim mempertahankan kemampuan anak-anak buah­nya dalam misi meraih pingat emas Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China sekali gus layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Amin percaya, tiada sebab skuad negara tidak mampu menjuarai temasya berprestij Asia itu buat kali pertama sepanjang 16 penglibatan Malaysian Tigers sejak edisi Tokyo 1958 dalam tempoh dua tahun persediaan bermula dari sekarang.

Bekas fliker negara itu juga percaya barisan kejurulatihan tempatan mempunyai aura tersendiri untuk menghadiahkan kejayaan buat Malaysian Tigers seperti yang dilakukan Stephen Van Huizen sewaktu meraih pingat perak Sukan Asia 2018.

“Tempoh dua tahun agak lama. Jika kita ada perancangan dan latihan yang betul, jadi saya tidak nampak kenapa kita tidak boleh memenangi pingat emas.

“Kalau tengok pada Sukan Asia 2018, kita hampir menang pingat emas dan ketika itu Stephen (Van Huizen) bersama kita, bukannya jurulatih dari luar negara. Ia bukan satu tugas mustahil dicapai barisan kejurulatihan tempatan.

“Kita ada kombinasi yang bagus antara senior dan remaja. Jadi tempoh dua tahun cukup untuk kita persiapkan pasukan,” katanya selepas sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Amin dijangka menggalas tanggungjawab itu sehingga awal bulan depan kerana ketua jurulatih baharu, Arul Selvaraj perlu menjalani tempoh kua­rantin wajib selama dua ming­gu sebaik tiba di Malaysia dari Ireland pada 15 Ogos ini.

Beliau yang akan kembali memegang peranannya sebagai pembantu kepada Arul, percaya komunikasi dua hala yang lebih berkesan akan wujud antara pemain dengan ketua jurulatih kerana ia adalah faktor paling penting dalam setiap pasukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI