fbpx

Polis kesan individu sebar berita palsu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berusia 32 tahun yang cedera di muka dan badan kemudiannya diperas ugut sebanyak RM5,000 oleh kesemua suspek berusia 20 hingga 30an.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan individu yang menyebarkan mesej suara melalui aplikasi WhatsApp yang mengandungi berita palsu kononnya pekerja sebuah restoran nasi kandar di Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini dijangkiti Covid-19 semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang juga pengarah restoran terbabit mendakwa menerima mesej itu daripada rakannya.

“Mesej suara dalam bahasa Tamil itu mendakwa pekerja restoran berkenaan telah dijangkiti Covid-19 dan susulan kejadian itu, semua pelanggan meninggalkan premis malah diminta supaya tidak berkunjung ke sana.

“Menerusi pesanan suara sama, turut disertakan gambar restoran terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan rakaman keterangan mangsa, mesej terbabit adalah tidak benar sama sekali.

“Mangsa mendakwa menerima mesej terbabit daripada rakannya dan hasil soal siasat rakannya pula mendapati mesej itu diterima daripada seorang lagi rakan yang gagal dihubungi bagi mengenal pasti sumber mesej berkenaan.

“Selain itu, mangsa turut mendakwa terdapat seorang pelanggan yang berada di dalam premis pada pukul 7.50 pagi hari sama bertindak mengambil gambar restoran terbabit menerusi pemeriksaan kamera litar tertutup.

“Maklumat individu terbabit ada dicatatkan di pintu masuk restoran namun gagal dihubungi setakat ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI