fbpx

PKPD mungkin dilaksana di Sanglang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan Man

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis tidak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di Sanglang berikutan peningkatan  kes Covid-19 di situ.

Sebelum ini, satu kes positif Covid-19 dilaporkan di Kampung Tanah Timbul, Sanglang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, hari ini pihaknya menerima maklumat tidak rasmi kemungkinan 10 ahli keluarga terdekat individu yang didapati positif di Sanglang juga disahkan positif.

Kata beliau, semua individu terlibat tinggal serumah dengan mangsa.

“Jika ini benar, jumlah kes positif di Perlis akan meningkat kepada 30 kes. Sepuluh kes baharu ini akan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini,” katanya dalam status Facebook miliknya di sini hari ini.

Azlan berkata, kerajaan negeri tidak boleh memandang ringan perkara ini kerana wabak itu berbahaya dan kesannya sangat serius.

“Penduduk di kawasan terlibat harus bersedia jika langkah ini (PKPD) dilaksanakan,” katanya

Sementara itu, Azlan memberitahu, tidak mustahil Perlis akan masuk ke zon merah semula jika kes-kes positif semakin meningkat.

Beliau turut menyeru  seluruh rakyat negeri itu supaya mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada keadaan menjadi lebih buruk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI