fbpx

[VIDEO] Petugas media mula memenuhi lobi mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Petugas media mula memenuhi lobi Mahkamah Jalan Duta di sini bagi membuat liputan kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun tiada kawalan terlalu ketat  dikenakan terhadap petugas media seperti kes keputusan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai lalu.

Tinjauan juga mendapati setakat ini tiada kelibat penyokong bekas Menteri Pulau Pinang itu di pekarangan mahkamah.

Difahamkan Guan Eng akan tiba sebentar lagi dan akan menjalani proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Azura Alwi.

Semalam Guan Eng ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dan dilihat keluar dari agensi itu pada pukul 10.30 malam.

SPRM berkata beliau akan didakwa di bawah seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos ini di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua pertuduhan adalah berkaitan kes projek terowong dasar laut yang dilaksanakan kerajaan negeri di Pulau Pinang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI