fbpx

Pegawai Imigresen mengaku bersalah terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul mengaku bersalah menerima rasuah RM749.80 di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pegawai Imigresen mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM749.80 April lalu.

Amirul Salamat,41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya telah menerima wang berjumlah RM749.80 daripada seorang wanita.

Bapa kepada tiga anak itu menerima wang itu menerusi transaksi atas talian daripada akaun bank sebuah syarikat katering ke dalam akaun miliknya dengan tiada balasan yang kamu ketahui mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasmi sebagai penjawat awam di Jabatan Imigresen Malaysia.

Kesalahan itu dilakukan di Bandar Bukit Mahkota, Kajang dekat sini pada pukul 6.14 petang, 3 April lalu.

Justeru, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fadhli Ab. Wahab menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Peguam Nur Fazrin Ahmad mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan sebanyak RM3,000 berikutan terpaksa menyara isteri dan tiga orang anaknya berusia sembilan hingga 16 tahun.

“Anak guamnya juga bergaji harian dan mempunyai penyakit asma dan diabetes yang kronik selain perlu menyara ibu bapa mertua di Sabah,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin RM5,000 dan membenarkan permohonan lain pihak pendakwaan.

Tarikh jatuh hukum ditetapkan 18 Ogos depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI