fbpx

Mayat lelaki warga China ditemui terapung dalam tasik Mines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki warga China yang ditemui dalam keadaan terapung di dalam tasik Mines, Seri Kembangan di sini hari ini.

SERDANG – Mayat seorang lelaki warga China ditemui dalam keadaan terapung di dalam tasik Mines, Seri Kembangan di sini hari ini.

Mangsa, Leng Jin Hui, 21, ditemui polis bantuan The Mines ketika melakukan rondaan di sekitar tebing tasik sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis pada pukul 12.32 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian dan mayat dibawa naik dengan bantuan anggota dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Seri Kembangan.

“Hasil siasatan mendapati lelaki warga China itu merupakan pelajar jurusan ijazah kejuruteraan perisian di Universiti Putra Malaysia.

“Pemeriksaan lanjut, kita menemui satu kad akses dalam poket si mati yang menunjukkan dia menetap di sebuah apartmen di Seri Kembangan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, hasil soal siasat rakan serumah mangsa mendakwa kali terakhir bertemu dengan mangsa pada Rabu lalu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI