fbpx

Luqman mahu tempa nama di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN dijangka tidak berdepan masalah untuk menguasai bahasa serta menyesuaikan diri di Belgium.

PENYERANG sensasi skuad bawah 19 (B-19) negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak mahu penghijrahannya ke kelab Belgium, K.V. Kortrijk sekadar melepaskan batuk di tangga, sebaliknya menganggap ia peluang keemasan untuk mahu mencipta nama di Eropah.

Luqman mengakui tekanan sangat besar memandangkan harapan tinggi yang diletakkan ke atas bahunya sebagai pemain pertama negara berkelana ke salah satu pasukan yang beraksi di liga utama Eropah.

“Saya tahu tekanan apabila berhijrah ke Eropah ini sangat tinggi tetapi saya percaya dengan kemampuan untuk memberikan 100 peratus buat kelab K.V. Kortrijk. Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Vincent Tan (pemilik) kerana memberi kepercayaan penuh buat saya.

“Secara jujur, ini adalah peluang buat saya mencipta nama di negara luar, malah saya sudah bersedia secara mental dan fizikal walaupun mungkin saya hanya akan bergerak secara solo (tanpa ditemani keluarga) ke Belgium dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Berjaya Times Square semalam.

Sementara itu, Vincent mengesahkan kelab K.V. Kortrijk tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Luqman kembali menyertai skuad B-19 negara kendalian Brad Maloney yang sedang membuat persiapan untuk mengharungi Kejuaraan AFC B-19 di Uzbekistan Oktober depan.

“Luqman akan terbang ke Belgium minggu depan dan akan melaporkan diri bersama pasukan utama K.V. Kortrijk. Namun, mungkin dia hanya akan berada di sana dalam tempoh sebulan sebelum pulang bersama skuad B-19 untuk mengharungi saingan Kejuaraan AFC B-19.

“Kelab tidak mempunyai masalah untuk melepaskannya jika dia dipanggil untuk sertai pasukan kebangsaan dan itu adalah persefahaman yang dipersetujui sebelum ini.

“Tidak kira ketika bersama pasukan K.V Kortrijk atau skuad kebangsaan, paling penting saya mahu dia bekerja keras kerana tahun pertama berkelana ke Eropah adalah fasa penting buat dirinya meningkatkan prestasi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI