fbpx

Keputusan pembubaran DUN 17 Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Fuad ketika ditemui media selepas proses mendengar hujah permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Foto IVAN AMIRUL

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 17 Ogos depan bagi mendengar penghujahan serta keputusan mengenai semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Tarikh berkenaan dipilih selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim mendengar hujah dikemukan peguam, Tengku Fuad Tengku Ahmad, Penguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dan Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh.

Tengku Fuad mewakili 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengemukakan permohonan semakan terbabit.

Semua ADUN berkenaan adalah Musa Aman (Sungai Sibuga), Bolkiah Ismail (Pitas), Julita Mojungki ( Matunggong), Anita Baranting (Tandek), Musbah Jamli (Tempasuk), Japlin Akim (Usukan), Jahid Jahim (Tamparuli), Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Joniston Bangkuai (Kiulu), Kenny Chua (Inanam), Ghulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Ariffin Mohd Ariff (Membakut), Isnin Aliasnih (Klias), Limus Jury (Kuala Penyu).

ADUN lain ialah Matbali Musah (Sindumin), Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Masidi Manjun (Karanaan), Abidin Madingkir (Paginatan), Jeffrey Kitingan (Tambunan), Robert Tawik (Bingkor), Jamawi Jaafar (Kemabong), Ellron Angin (Sook), Bobbey Suan (Nabawan), James Ratib (Sugud), Abdul Rahman Kongkawang (Labuk), Masiung Banah (Kuamut), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Osman Jamal (Balung), Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Hamisa Samat (Tg Batu), Abdul Muis Picho (Sebatik), Jaffari Waliam dan Ronnie Loh.

Dalam pada itu, Leonard turut mengarahkan Jabatan Peguam Negara memfailkan hujah mereka selewat-lewatnya pada 10 Ogos dan dibalas oleh pemohon pada 12 Ogos.

Antara hujah utama dikemukakan Tengku Fuad adalah mengikut Artikel 21 (2) mengenai ketidakwajaran untuk pembubaran DUN dan kegagalan Tun Juhar melaksanakan lunas perlembagaan di bawah Artikel 7 (1) untuk mempertimbangkan Tan Sri Musa yang mempunyai majoriti wakil rakyat dan perlu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Terdahulu, Musa bersama 32 ADUN lain yang menyatakan sokongan ke atasnya mengemukakan permohonan semakan kehakiman menerusi firma guaman FT Ahmad dan Co pada 4 Ogos lalu.

Permohonan terbabit meletakkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI