fbpx

Hospital dikosongkan selepas pasar besar terbakar di UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah pasar besar yang terbakar pada petang kelmarin di Amiriah Ajman, Emiriyah Arab Bersatu. – M.SAJJAD/KHALEEJ TIMES

DUBAI – Satu kejadian kebakaran besar berlaku di sebuah pasar besar buah-buahan dan sayur-sayuran di Amiriah Ajman di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor portal berita Khaleej Times.

Kebakaran kira-kira pukul 6.30 petang (waktu tempatan) kelmarin itu berjaya dikawal selepas tiga jam dan tiada mangsa dilaporkan terkorban, menurut Ketua Polis Ajman, Mejar Jeneral Sheikh Sultan Abdullah Al Nuaimi.

“Unit pertahanan awam dan seramai 25 anggota polis serta beberapa kenderaan ambulans tiba ke lokasi kebakaran dalam tempoh tiga minit,” katanya.

Sebelum ini, pasar dengan 100 ruang niaga berkenaan ditutup selama empat bulan sebagai langkah mencegah penularan pandemik Covid-19, menurut laporan portal The National.

Anggota penyelamat turut mengosongkan beberapa bangunan termasuk Hospital Pakar Ajman yang terletak berhampiran pasar berkenaan.

Usaha memadamkan kebakaran itu melibatkan unit bomba dari Ajman serta dibantu pasukan bomba dari Dubai, Sharjah dan Umm Al Quwain. Sebanyak tujuh jentera bomba dikerah ke kawasan kebakaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI