fbpx

Harga RON95, RON97 turun 5 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 turun 5 sen kepada RM1.63 sen seliter berbanding RM1.68 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 14 Ogos depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga turun 5 sen daripada RM1.98 kepada RM1.93 seliter.

Menurutnya, harga runcit diesel pula turun sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM1.83 seliter kepada RM1.79 seliter.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI