fbpx

17 pemandu degil disaman MPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan berat yang dikenakan tindakan oleh penguat kuasa kelmarin.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Kedegilan 17 pemandu meletakkan kenderaan berat di kawasan taman perumahan di sekitar daerah ini mengundang padah apabila dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kelmarin.

Operasi bersepadu itu dijalankan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bandar Bukit Tinggi, Taman Istana dan Bayu Perdana di sini bermula pukul 6 petang.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, operasi dilakukan hasil maklumat dan pemantauan pihaknya berhubung tindakan pemilik kenderaan berat yang mengingkari peraturan ditetapkan.

“Kami sebelum ini sentiasa memantau perkara itu dan turut telah memberi notis amaran kepada pemilik kenderaan.

“Namun, kesalahan itu masih dilakukan dan terpaksa mengambil tindakan ke atas 17 pemilik atas kesalahan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mengeluarkan saman kompaun mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 7(1) Taman (MPK) 2005.

“Berdasarkan peraturan sedia ada, semua pemilik perlu meletakkan kenderaan berat itu di depoh sewaan.

“Tindakan meletakkan kenderaan di kawasan perumahan akan mendatangkan masalah terutama kesesakan jalan,” katanya.

Dalam operasi berakhir pukul 12 tengah malam itu, polis turut mengeluarkan 16 saman atas kesalahan lalu lintas manakala JPJ sebanyak 15 saman atas kesalahan sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI