fbpx

10 juta rakyat Afghanistan kena Covid-19?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS perubatan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) mengambil sampel daripada seorang lelaki untuk ujian pemeriksaan Covid-19 di Universiti Politeknik Kabul di Afghanistan kelmarin. – WAKIL KOHSAR / AFP

KABUL – Hampir satu pertiga populasi penduduk di Afghanistan atau 10 juta orang dianggarkan telah dijangkiti koronavirus, menurut satu laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan kelmarin.

Angka itu diperoleh menerusi satu kajian berdasarkan ujian antibodi ke atas kira-kira 9,500 orang di seluruh negara dengan bantuan teknikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Menteri Kesihatan, Ahmad Jawad Osmani pada satu taklimat akhbar.

Kaji selidik itu menganggarkan sebanyak 31.5 peratus populasi penduduk terkena jangkitan virus. Kadar jangkitan tertinggi ialah di bandar Kabul dengan lebih separuh daripada lima juta penduduk dikhuatiri terkena jangkitan.

Bagaimanapun, Afghanistan dengan populasi penduduk kirakira 32 juta orang itu berdepan batasan ujian saringan Covid-19. Angka rasmi kes Covid-19 yang dilaporkan cuma 36,000 kes dengan lebih 1,200 kematian.

“Gelombang kedua jangkitan sedang berlaku di semua tempat di seluruh dunia dan kami tidak terkecuali. Kami akan menggunakan maklumat kaji selidik ini sebagai persiapan untuk berdepan kemungkinan jangkitan gelombang kedua,” kata Ahmad Jawad.

Lebih 18 juta orang di seluruh dunia disahkan dijangkiti virus pembunuh itu sejak mula dikesan di China pada akhir tahun lalu. Virus Covid-19 dikesan di Afghanistan pada Februari lalu pada ketika beribu-ribu migran kembali dari negara jiran Iran.

Afghanistan yang musnah akibat peperangan selama beberapa dekad turut berdepan kesukaran mengekang penularan Covid-19. Satu kaji selidik kadar kematian akibat koronavirus di Afghanistan akan dijalankan dalam masa terdekat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI