fbpx

Zaha tunggu masa bawa haluan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHA terdesak untuk menyertai kelab yang lebih besar tetapi masih belum ada tawaran konkrit dikemukakan kepada Palace. – AFP

LONDON – Crystal Palace perlu sedia menerima hakikat bakal kehilangan khidmat pemain bintangnya, Wilfred Zaha dengan harga £30 juta (RM165.05 juta) biarpun mereka mengharapkan nilai yang lebih besar.

Penyerang berusia 27 tahun itu dilaporkan tetap dengan pendirian untuk meninggalkan Selhurst Park sementara Palace juga mahu cuba menjualnya buat kali kedua.

Bagaimanapun, ketika ini masih belum ada tawaran yang tulen biarpun terdapat laporan bahawa Chelsea dan Manchester United menyatakan minat.

Zaha menjadi pemain yang menerima gaji paling tinggi di Palace iaitu sebanyak £130,000 (RM715,000) seminggu dengan kontrak sehingga 2023.

Sebelum ini, Palace meletakkan tanda harga sebanyak £70 juta (RM385.12 juta) tetapi ia menjadi tidak munasabah ke­rana usia pemain itu yang sudah mencecah 28 tahun.

Palace di bawah kendalian Roy Hodgson hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-14 Liga Perdana Inggeris musim ini dan Zaha dilihat berdepan kesukaran untuk memberikan aksi terbaik.

Pemain Ivory Coast itu hanya meledak empat gol musim ini sekali gus menyaksikan jumlah jaringan paling rendah dalam tempoh lima tahun terakhir kariernya.

Palace juga dikatakan ter­desak untuk menjual Zaha kerana ia mampu memberi tambahan aliran tunai kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI