fbpx

Tiga lelaki didakwa buat tuntutan palsu RM400, 000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Hairul Rohman Untong, 41; Kamarulbarin Ab. Karim, 44, dan Mohd. Ghazali Bidin, 56, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Pix RASUL AZLI SAMAD
MELAKA – Selepas sembilan tahun, tiga lelaki termasuk seorang pembantu tadbir kewangan akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Melaka melibatkan tuntutan palsu bernilai lebih RM400,000.
Tertuduh, Hairul Rohman Untong, 41; Kamarulbarin Ab. Karim, 44, dan Mohd. Ghazali Bidin, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Hairul yang berkhidmat di Penjara Dusun Dato’ Murad didakwa dengan curang menipu PPN Melaka dengan menyediakan baucar palsu bagi projek pembinaan dan menaik taraf jalan, parit serta longkang sekitar Melaka Tengah berjumlah RM80,000 pada 13 April dan 3 Nov 2011.
Dalam pertuduhan ketiga hingga keenam, dia didakwa bersama Kamarulbarin telah dengan curang menipu PPN Melaka dengan menyediakan baucar palsu bagi projek menurap jalan, menaik taraf dan pembinaan jalan serta longkang di sekitar negeri ini berjumlah RM175,000 antara 26 Julai dan 20 Dis 2011.
Bagi pertuduhan ketujuh hingga kesembilan, tertuduh didakwa bersama Mohd. Ghazali telah dengan curang menipu PPN Melaka dengan menyediakan baucar palsu bagi projek menaik taraf jalan dan selenggara balai raya di sekitar Alor Gajah berjumlah RM151,920 antara 13 April dan 27 Dis 2011.
Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di PPN Melaka, Ayer Keroh.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim, manakala Hairul Rohman diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar dan Muhammad Fadhli M. Sutris sementara dua tertuduh lagi iaitu Kamarulbarin dan Mohd Ghazali tidak diwakili peguam.
Norma kemudian membenarkan ketiga-tiga lelaki itu diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Beliau turut memberikan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai, selain menetapkan tarikh 15 Sept untuk sebutan semula kes. -K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI