fbpx

Pondok tol terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN pondok tol di Plaza Tol Gurun yang terbakar tengah hari tadi.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

GURUN – Sebuah pondok tol di susur masuk Plaza Tol Gurun di sini terbakar kira-kira 50 peratus dalam kejadian tengah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kebakaran disedari polis bantuan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak PLUS pada pukul 12.48 tengah hari dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita mendapati api telah dipadamkan oleh kakitangan PLUS menggunakan alat pemadam api jenis debu kering sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, anggota bomba yang tiba memastikan api padam sepenuhnya dan operasi tamat pada pukul 1.29 tengah hari.

“Kita masih menyiasat punca kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” tambahnya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI