Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
MELAKA – Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana cuai hingga menyebabkan anjing peliharaannya menyerang dan mencederakan seorang wanita, Julai lalu
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Liew Sea Hai, 43, yang bekerja sebagai nelayan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan cuai menyebabkan haiwan peliharaannya mencederakan Purba Evita Kristina, 23, di hadapan rumah Nombor 5, Jalan Marikh 8, Taman Tanjung Minyak Perdana.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 30 malam 27 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam Surendran Chelvarajah memohon mahkamah mengurangkan hukuman kerana turut menyesali kejadian itu
“Anjing OKS (orang kena saman) juga telah dirantai tapi kecuaiannya pada hari itu adalah membiarkan pagar rumah itu terbuka.
“Rantai besi yang mengikat anjing telah terputus menyebabkan ia lari keluar daripada rumah disewanya,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman bagaimanapun memohon hukuman berat kerana kes telah tular dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Mohamad Izwan kemudian menetapkan denda maksimum RM2,000, yang jika gagal dibayar, akan dikenakan penjara tiga bulan.
Mahkamah turut mengarahkan anjing berkenaan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk tindakan susulan.
Pada 29 Julai lalu Kosmo! melaporkan seorang wanita cedera selepas diserang dan digigit seekor anjing ketika sedang berjalan di sebuah kawasan perumahan pada pukul 9.43 malam.
Seekor anjing yang dalang dari sebuah rumah yang pagarnya terbuka menyerang mangsa dan wanita itu terpaksa bergelut |ebih seminit sebelum diselamatkan oleh penduduk.
Semasa kejadian, mangsa terpaksa menggunakan tangannya untuk mempertahankan diri darlpada terus dlserang haiwan yang juga cuba mengigit lehernya.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB),k Datuk Zainal Abu turut mengesahkan pemilik haiwan tersebut akan dikenakan tindakan kerana cuai dan tidak memiliki lesen memelihara anjing. – K! ONLINE