fbpx

MPKL tanggung kerugian RM800,000 akibat vandalisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMAN permainan yang rosak akibat vandalism di Kuala Langat, Selangor.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kesal dengan vandalisme yang berlaku di taman permainan sekitar daerah ini.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, tindakan tidak bertanggungiwab itu mengakibatkan pihaknya membelanjakan kos pembaikan sebanyak RM800,000 tahun lalu.

Katanya, jumlah itu meningkat berbanding tahun lalu sebanyak RM 752,000 untuk membaiki peralatan-peralatan yang disediakan di taman permainan itu.

“Pelbagai alatan permainan yang disediakan didapati telah dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Kerosakan alat-alat permainan ini mungkin akan mengakibatkan kecederaan kepada pengguna terutama kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat pengunjung yang membawa masuk basikal atau motorsikal di dalam kawasan taman-taman
permainan yang jelas melanggar peraturan ditetapkan pihaknya.

Sehubungan itu, Amirul menegaskan orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan vandalisme kepadanya pihaknya menerusi talian 03-31872825 atau Sistem Pengurusan Aduan Selangor (SISPAA). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI