KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien memohon maaf kerana menghisap vape dalam Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau berjanji perkara itu tidak akan berulang pada masa depan.
“Saya minta maaf. Saya tidak perasan. Ini adalah tabiat baharu. Saya berjanji tidak akan mengulanginya,” katanya di laman sosial Twitter hari ini.
Rakaman video Hishammuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka ketika Dewan Rakyat bersidang tular di media sosial.
Netizen mengkritik perbuatan tersebut, namun dalam masa sama memuji keikhlasan Hishamuddin mengaku salah dan memohon maaf. – K! ONLINE