Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI
PUTRAJAYA – Bacaan suhu badan yang diambil menerusi pemeriksaan pada anggota selain dahi adalah diragui ketepatannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, justeru pemeriksaan suhu badan seharusnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Sekiranya menggunakan alatan jangka suhu ini, perlu mematuhi peraturan yang disyorkan di mana ketepatan bacaan suhu adalah disasarkan pada dahi.
“Kesan sampingan (penggunaan alat jangka suhu) ini memang tidak dilaporkan walaupun ada kebimbangan tetapi tidak ada bukti atau data saintifik yang boleh menyebabkan penyakit lain,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan supaya sukatan bacaan suhu tersebut diambil pada dahi bagi memastikan ketepatannya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan segelintir premis perniagaan yang mengambil suhu pelanggan pada tangan dan bukannya dahi. – K! ONLINE