fbpx

Kerugian akibat letupan di Beirut lebih RM20 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berada di lokasi letupan di pelabuhan Beirut kelmarin. – AFP

BEIRUT – Gabenor Beirut, Marwan Abboud menyatakan, letupan berganda yang menggegarkan ibu kota Lebanon itu mengakibatkan kerugian antara AS$3 bilion (RM12.57 bilion) hingga AS$5 bilion (RM20.9 bilion), demikian menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan Lebanon.

“Letupan itu menyebabkan kira-kira 300,000 penduduk hilang tempat tinggal. Lebih separuh kawasan ibu negara Lebanon juga musnah,” katanya.

Kejadian letupan besar di pelabuhan Beirut telah meranapkan kawasan kejiranan di bandar itu dan mengorbankan lebih 100 nyawa manakala lebih 4,000 mangsa disahkan cedera, kata Palang Merah Lebanon hari ini.

Menteri Kesihatan Lebanon, Hamad Hassan berkata, pihaknya sudah menyiapkan bekalan perubatan yang diperlukan dan sudah dihantar oleh beberapa negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI