fbpx

Henderson buat United pening

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON (kanan) hanya mahu kembali ke Old Trafford sekiranya diberikan peluang mengisi kesebelasan utama tetapi De Gea masih mempunyai kontrak panjang bersama kelab itu. – AFP

MANCHESTER – Manchester United kini berdepan tekanan apabila penjaga golnya, Dean Henderson dilaporkan enggan kembali menyertai pasukan itu.

Pemain berusia 23 tahun itu menikmati tempoh yang cemerlang selepas dipinjamkan ke Sheffield United dan membuat keputusan untuk tidak pulang ke Old Trafford sekiranya diletakkan sebagai pilihan kedua di belakang David De Gea.

De Gea sebelum ini berdepan masalah prestasi menyebabkan United melihat Handerson sebagai pilihan menggantikannya tetapi belum benar-benar mempercayai kemampuannya.

Bagaimanapun, Chelsea melihat perkembangan itu sebagai satu peluang dan dilaporkan bersedia untuk menggandakan bayaran gaji berban­ding yang diterima Henderson di Sheffield.

Pengendali The Blues, Frank Lampard yang sedang memburu khidmat penjaga gol selepas kecewa dengan aksi Kepa Arrizabalaga dikatakan mahu mencari pengganti baharu, namun United enggan melepaskan Henderson.

Situasi itu menyebabkan Ole Gunnar Solskjaer berdepan situasi sukar, selain De Gea baharu sahaja menandatangani kontrak selama enam tahun dengan nilai £117 juta (RM643.70 juta) tahun lalu.

Solskjaer kini terpaksa mempertahankan penjaga golnya itu biarpun kebelakangan ini dia ke­rap melakukan kesilapan mudah yang merugikan United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI