KUALA LUMPUR- Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Hossen Md. Afjal.
Lelaki berusia 28 tahun itu dicari bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Ampang di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Zanariah Ismail di talian 018-960 4202 atau terus ke mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE