fbpx

Amah didakwa larikan 36 helai baju anak majikan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lewiana mengaku tidak bersalah mencuri pakaian, duit dan telefon bimbit milik majikannya pada bulan lalu.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang amah menangis teresak-esak di Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didakwa atas pertuduhan mencuri 36 helai baju kanak-kanak, wang tunai dan telefon bimbit milik majikannya pada bulan lalu.

Tertuduh, Lewiana Simatupang, 21, yang juga merupakan warga Indonesia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu rumah didakwa dengan niat curang telah mencuri 36 pasang baju kanak-kanak pelbagai jenis, wang tunai RM500 dan sebuah telefon bimbit jenis Huawei Honour bernilai RM2, 000 milik Marithna Mary De Mello.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh antara pukul 8 hingga 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Day Dalam pada 18 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa dengan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Anis Najwa Nazari tidak menawarkan sebarang jaminan dan agar pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Ishak Kari yang mewakil tertuduh bagaimanapun memohon jaminan rendah dapat diberikan dan akan bersetuju dengan syarat tambahan yang diberikan mahkamah.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2, 000 dengan dua penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.

Muhammad Nazrin turut menetapkan 28 Ogos ini sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI