fbpx

AirAsia operasi 170 penerbangan sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

 

KUALA LUMPUR – Selepas sebulan tidak beroperasi pada April lalu impak Covid-19, AirAsia kini mengoperasikan antara 150 hingga 170 penerbangan domestik sehari.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, kadar kepenuhan purata bagi setiap pesawatnya buat masa ini adalah antara 60 hingga 70 peratus.
Menurutnya, AirAsia telah bertindak agresif dalam usaha menarik kembali minat rakyat Malaysia untuk terbang, dengan pelaksanaan lima kempen dalam tempoh enam minggu pada Jun dan Julai, termasuk penjualan pas tanpa had bagi penerbangan domestik sehingga Mac 2021.
“Kami telah melaksanakan sistem operasi standard yang baharu, melibatkan proses tanpa sentuhan untuk menaiki kapal terbang yang dilihat telah mengembalikan keyakinan pengguna ketika negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19 ini.
“Sekarang kami kembali melihat sambutan yang baik untuk penerbangan domestik, antara destinasi yang popular adalah Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam lawatan kerja di ibu pejabat Media Mulia Sdn. Bhd. di sini semalam.
Sebelum pandemik, AirAsia Malaysia mengoperasikan 600 penerbangan sehari termasuk ke destinasi luar negara.
Sementara itu, Riad menjelaskan pihaknya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan sempadan mana-mana negara dibuka untuk penerbangan dan boleh kembali beroperasi pada bila-bila masa.
“Sekiranya sempadan Singapura diumumkan akan dibuka misalnya, kami boleh menyediakan lima penerbangan hanya dalam tempoh lima jam,” katanya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan belum menerima sebarang indikasi sempadan Singapura bersedia untuk dibuka bagi penerbangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI