fbpx

AEON Rider buka 300 peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arthur (dua dari kiri) dan Shafie (paling Kiri)bersama anggota AEON Rider pada majlis pelancaran AEON Rider di AEON Mall di sini hari ini

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Projek AEON Rider inisiatif Yayasan AEON Malaysia (MAF) membuka 300 peluang pekerjaan dalam membantu mereka yang hilang sumber pendapatan akibat wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif AEON Retail Malaysia, Shafie Shamsuddin berkata, menerusi projek tersebut setiap daripada mereka akan dibekalkan sebuah motosikal dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

Katanya, projek itu hasil daripada sumbangan jualan ayam di semua rangkaian outlet AEON di seluruh negara yang berjaya mengumpulkan sejumlah RM1.45 juta.

“AEON Rider terpilih akan diberikan kontrak pekerjaan dengan gaji kasar RM1,200 bagi tempoh setahun dengan tambahan caj penghantaran.

“Selepas tempoh setahun dengan prestasi kerja yang memuaskan, setiap seorang daripada 300 AEON Rider akan diberi hakmilik kekal motosikal dan pilihan untuk menjadi pekerja tetap di Syarikat AEON Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran AEON Rider di AEON Mall di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup dan Presiden Yayasan AEON Malaysia, Datin Yasmin Ahmad Merican.

Mengulas lanjut, Shafie berkata, seramai 100 pekerja telah memenuhi kerja tersebut setakat in dengan AEON komited mengubah nasib mereka yang terjejas akibat Covid-19.

“Setiap AEON Rider akan diberi kursus sehari sebelum ditugaskan menghantar barang yang dipesan oleh pelanggan kepada AEON Retail Malaysia,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI