fbpx

50,000 penduduk terjejas akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Sudan berdiri bersebelahan beberapa perabot selepas rumahnya dinaiki air lumpur akibat banjir di bandar Umm Dawan Ban, tenggara Khartoum pada 2 Ogos lalu. - ASHRAF SHAZLY / AFP

KHARTOUM, Sudan – Lebih 50,000 penduduk terjejas akibat kejadian banjir di seluruh Sudan sejak seminggu lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

“Hujan turun mencurah-curah secara berterusan di beberapa bahagian Sudan, menyebabkan kejadian banjir, tanah runtuh, membawa kerosakan ke atas kediaman dan infrastruktur di sekurang-kurangnya 14 daripada 18 negeri.

“Lebih 50,000 penduduk terjejas. Jumlah ini dijangka terus meningkat,” menurut kenyataan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).

Menteri Dalam Negeri, Eltrafi Elsdik berkata, sekurang-kurangnya lima orang terkorban dan hampir 3,500 buah kediaman rosak akibat bencana banjir sejak minggu lalu.

Hujan lebat lazimnya berlaku di Sudan antara bulan Jun dan Oktober, menyebabkan kejadian banjir. Hujan pada minggu lalu menyebabkan kejadian empangan pecah di negeri Blue Nile, memusnahkan lebih 600 buah rumah.

“Tahun lalu, kami ada lebih 400,000 orang terjejas sepanjang musim banjir,” kata jurucakap OCHA di Sudan, Saviano Abreu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI