fbpx

15 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 15 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif mencecah 9,038 kes di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 15 kes baharu tersebut, sebanyak 10 kes membabitkan penularan tempatan manakala lima kes mendapat jangkitan dari luar negara.

Beliau berkata, daripada 10 kes penularan tempatan, lapan kes dalam kalangan warga Malaysia dan dua kes bukan warganegara.

“Daripada lapan kes itu, enam kes daripada Kluster PUI Sivagangga dan masing-masing satu kes di saringan tempat kerja di Negeri Sembilan serta pintu masuk antarabangsa Labuan.

“Dua kes lagi membabitkan bukan warganegara iaitu satu kes saringan tahanan di Negeri Sembilan iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan satu kes saringan komuniti bersasar,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Jelas beliau, kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warga Malaysia manakala dua lagi bukan warganegara.

“Lima kes import ini dari negara Filipina iaitu membabitkan empat kes di Sabah dan satu kes dari Afrika Selatan iaitu di Kuala Lumpur,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI