fbpx

Wanita gelang pink dikesan makan di kedai nasi kandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar seorang wanita memakai gelang merah jambu yang tular di sebuah restoran di Taman Fair Park, Ipoh baru-baru ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Pihak berkuasa sedang mengenal pasti identiti seorang pesakit di bawah pengawasan (PUS) Covid-19 yang gambarnya dirakam berkunjung ke sebuah restoran nasi kandar di Taman Fair Park di sini tular di media sosial sejak semalam.

Pesakit wanita tersebut dipercayai datang ke kedai tersebut untuk menikmati hidangan makan malam bersama rakan.

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming dan memberitahu pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak JKN menerusi aduan daripada orang awam dan susulan itu siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Kita sedang mengenal pasti identiti individu terbabit sebelum sebarang langkah diambil,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Semalam tular gambar wanita berkaca mata bertubuh gempal bersama sepinggan nasi kandar sambil memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19 berwarna merah jambu tersebar di media sosial.

Gambar berkenaan kemudian tular di media sosial dan ramai dalam kalangan netizen menggesa tindakan berat dikenakan kepada pelaku ini dengan segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI