fbpx

Tiga pasangan kembar penuntut baharu program Tahmidi USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Fauzan Mohd. Satar (kiri), Aishah Kamal Azam (dua dari kiri), Hajar Kamal Azam (tiga dari kiri) dan Nurnadhira Sofia Abdul Rahman (empat dari kiri) Nurnadia Illya Abdul Rahman (lima dari kiri) Muhammad Farhan Mohd. Satar merupakan tiga pasangan kembar yang mendaftar sebagai penuntut baharu yang mengikuti program Tamhidi bagi sesi akademik 2021 di Kolej Kediaman Nilam Court, USIM, Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Tiga pasangan kembar merupakan antara 1,256 penuntut baharu yang mendaftar untuk program Tamhidi bagi sesi akademik 2021 di Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini hari ini.

Mereka merupakan dua pasangan kembar perempuan dan sepasang kembar lelaki.

Masing-masing ialah Nurnadhira Sofia Abdul Rahman, 18 (Program Tamhidi Perakaunan dan Muamalat) dan Nurnadia Illya Abdul Rahman, 18 (Program Sains Fizikal dan Teknologi); Hajar Kamal Azam dan Aishah Kamal Azam, 19 (Program Tamhidi Perakaunan dan Muamalat) serta Muhammad Farhan Mohd. Satar dan Muhammad Fauzan Mohd. Satar, 18 (Program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains).

Walau bagaimanapun, terdapat dua lagi pasangan kembar seiras iaitu Walidatul Amal Mohd. Azizi dan Warithatul Mohd. Hazizi serta Nureen Syazwana Zamzurin dan Nureen Syazwani Zamzurin, 18 yang mengambil jurusan Program Tahmidi Perubatan, Pergigian dan Sains masih belum mendaftar setakat pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Tamhidi USIM, Alifah Hamid berkata, pihaknya berusaha untuk memastikan pelajar mendapat akses yang secukupnya bagi membolehkan mereka menjalani sesi pembelajaran secara maya.

“Kami telah mengadakan sesi Taaruf secara maya bermula 24 hingga 29 Julai yang lalu dan diberikan taklimat bersama pengurusan dan sesi motivasi bersama semua pelajar terbabit.

“Insya-Allah tiada masalah yang dihadapi bagi capaian internet kerana kita telah menjalankan kajian mengikut kelengkapan gajet yang dibawa oleh pelajar. Ada yang menggunakan laptop dan telefon pintar bagi memastikan mereka mendapat capaian internet di kampus,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI