fbpx

Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Myanmar tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kad palsu yang dirampas daripada sindiket.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Myanmar tumpas susulan penahanan 15 lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga Bangladesh di Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, mereka ditahan kira-kira jam 2.10 petang di dua premis berasingan di Jalan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu mensasarkan warganegara Myanmar dari etnik Rohingya dan Arakan (Muslim) yang mengenakan caj antara RM30 hingga RM150 bagi setiap dokumen palsu.

“Hasil pemeriksaan menemui pelbagai dokumen dan kad palsu termasuk surat rayuan, surat perlindungan, surat bantuan perubatan, kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-banngsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), kad pertubuhan Rohingya Malaysia dan Kad Personel Binaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Kesemua warga asing berkenaan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar hari ini

Katanya, sindiket berkenaan berjaya ditumpaskan hasil kerjasama dan risikan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak dua bulan lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI