fbpx

Restoran Salleh disanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses sanitasi di Restoran Salleh di Napoh pada semalam.

ALOR SETAR – Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra semalam melakukan sanitasi awam di Restoran Salleh di Napoh dekat sini yang menjadi lokasi penularan Covid-19 bagi Kluster PUI Sivagangga.

Proses sanitasi juga dilakukan di semua premis yang terletak berhampiran restoran tersebut termasuk kedai runcit, kedai aksesori telefon bimbit, kedai menjual santan, bengkel motosikal dan motel.

Turut disanitasi adalah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, operasi sanitasi di kawasan pekan Napoh itu dilakukan selama kira-kira sejam mulai pukul 3.30 petang semalam.

“Proses sanitasi ini menggunakan dua tong bahan kimia jenis sodium hypoclorite,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga melakukan proses sama di salah sebuah sekolah yang diarah tutup iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Dewa di Kodiang pada pukul 10.45 pagi semalam.

“Proses sanitasi melibatkan bangunan bilik darjah, pejabat pentadbiran, kantin, tandas dan kawasan yang menjadi tumpuan pelajar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI