fbpx

PUC Sport tarik diri, jersi Kelantan dilelong separuh harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan PUC Sport ( kiri) menyampaikan sumbangan terakhir berupa jersi kepada Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah di Padang Mardi, Pasir Tumboh semalam.

Oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Selepas dipotong tiga mata oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tiga hari lalu mengenai isu tunggakan gaji, pembekal pakaian rasmi skuad Kelantan, PUC Sport pula bertindak menarik diri hari ini.

Nasib malang terus melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ekoran keputusan drastik diambil PUC Sport berikutan kekangan kewangan dihadapi oleh syarikat tersebut.

Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd. Shukry Pauzi, berkata, pihaknya tidak mampu untuk meneruskan penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) disebabkan faktor penjualan jersi skuad Kelantan tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Katanya, selain itu, PUC Sport juga terpaksa berundur susulan perniagaan syarikat mengalami kerugian disebabkan pandemik Covid-19 dan tiada bantuan dari pihak KAFA untuk bersama-sama melariskan penjualan jersi.

“Sebagai langkah permulaan PUC Sport akan membuat lelongan besar-besaran 8,000 helai jersi rasmi TRW melibatkan dewasa dan kanak-kanak sehingga potongan harga 50 peratus sebelum menjelang perlawanan Liga Premier antara Kelantan menentang UKM FC pada 22 Ogos ini.

“Sepanjang saingan pasukan Kelantan dalam musim 2020, PUC Sport telah menjalankan tugas yang terbaik dengan membekalkan pakaian kepada pemain-pemain dan terima kasih memberi kepercayaan kepada pihaknya” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Tambahnya, sebagai tanda sokongan terakhir kepada pasukan Kelantan, pihak PUC Sport telah menyumbang jersi kepada pemain-pemain dan barisan kejurulatihan sebelum memulakan latihan di Padang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Pasir Tumboh semalam.

Sebelum ini, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan pada 23 Mei lalu apabila penaja utama KAFA, After Image Sdn bertindak menarik diri sebagai rakan kongsi rasmi Kelantan musim ini.

Keputusan itu berikutan Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd., Datuk Wan Rakemi Wan Zahari yang melepaskan jawatannya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI