fbpx

Perbarisan tamat latihan TUDM ikut norma baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul Faris (tengah) bersama Muhammad Hafizuddin (kanan) dan Nik Muhaimin Nik Sazali bersama anugerah masing-masing di Akademi Tentera Udara, Ipoh di sini hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Seramai 315 pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya menamatkan Latihan Perajurit Muda Udara Siri 62/2020 di Akademi Tentera Udara, Ipoh di sini hari ini.

Majlis istiadat perbarisan yang diadakan secara statik tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Sri Ackbal Abdul Samad.

Ia diadakan berbeza daripada kelaziman apabila hanya dihadiri para pegawai kanan TUDM sahaja sejajar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Perajurit Muda Udara (PjM U) Amirul Faris Ahmad Kamal telah diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.

Anugerah Akademik Terbaik pula telah disandang PjM U Muhammad Hafizuddin Abdul Halim manakala Anugerah Penembak Terbaik milik PjM U Nik Muhaimin Nik Sazali.

Kesemua pelatih telah memulakan latihan pada 1 Januari yang berlangsung selama selama 32 minggu berbanding 24 minggu bagi siri lepas.

Sementara itu, Ackbal dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada para pelatih yang berjaya menamatkan latihan walau pun dalam keadaan berbeza.

Beliau turut mengingatkan generasi baharu angkatan udara itu agar bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab apabila ditukarkan ke pasukan masing-masing.

Turut hadir Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohammad Salleh Osman dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Datuk Roshaimi Zakaria. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI