fbpx

Pengambilan pekerja asing dibekukan sehingga hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan untuk membekukan pengambilan pekerja asing dalam semua sektor sehingga hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk M. Saravanan berkata, langkah tersebut dilaksanakan bagi memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan selepas negara terkesan daripada penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing telah dilakukan termasuk sektor pembinaan dan pembuatan dengan mewajibkan pengiklanan kekosongan jawatan untuk tempoh tidak kurang 30 hari di portal JobsMalaysia bagi tujuan pengambilan pekerja asing dan pegawai dagang.

“Kedua peruntukkan pekerjaan barisan hadapan tidak dibenarkan kepada pekerja bukan warga negara.

“Seterusnya, semua agensi kawal selia diwajibkan melaksanakan penggantian ‘exit strategy’ untuk memastikan sektor berintensifkan buruh beralih kepada penggunaan mekanisasi dan automasi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengenai inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar guna tenaga asing yang mendominasi sektor pembuatan dan pembinaan negara pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI