KUALA LUMPUR – Lebih separuh atau 58 peratus daripada pekerja di Malaysia sedang aktif mencari pekerjaan baharu dalam tempoh setahun akan datang, lapor peneraju perkhidmatan sumber manusia, Randstad.
Menurut Kaji Selidik Denyut Nadi Pekerja Covid-19 2020 yang dijalankan syarikat berkenaan dari 26 Jun hingga 5 Julai 2020, 72 peratus daripada responden bersedia menerima tawaran kontrak profesional atau pekerjaan berasaskan projek.
Kajian melibatkan 531 pekerja tempatan itu turut mendapati 26 peratus responden menerima pemotongan atau pembekuan gaji impak Covid-19 dan 24 peratus responden tidak berpuas hati dengan upah yang diterima sekarang.
Pengarah Urusan Randstad Malaysia dan Singapura, Jaya Dass berkata, perintah kawalan pergerakan dan dagangan global yang perlahan memberi impak signifikan terhadap keyakinan kewangan syarikat tahun ini.
“Banyak yang mengambil langkah pengecilan untuk mengekalkan kos operasi pada tahap yang rendah dan pengurusan kos ini membawa ketidakpastian dalam kalangan tenaga kerja, sama ada syarikat mereka cukup stabil untuk mengharungi pandemik ini.
“Sebahagian pekerja memilih untuk mengambil risiko dan menyertai syarikat yang dilihat lebih stabil dari segi kewangan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut Jaya, meskipun bekerja secara kontrak secara tradisinya kurang diminati masyarakat Asia kerana dianggap tidak stabil dan kurang selamat, ramai yang melihatnya sebagai alternatif yang berbaloi dalam keadaan mencabar sekarang.
“Berbanding tidak bekerja, bekerja secara kontrak jauh lebih baik.
“Ramai kontraktor yang berkongsi pengalaman mereka berjaya mendapatkan kontrak baharu sebelum kontrak sedia ada tamat, kami berpandangan calon perlu lebih fleksibel dan terbuka dalam mencari pekerjaan,” katanya.
Home » Pekerja di negara ini aktif mencari pekerjaan baharu
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Semasa sambutan Aidilfitri, anda pilih bantu negara kami – Rakyat Myanmar
31 Mac 2025, 10:44 am

35 individu ponteng puasa dicekup di Selangor
30 Mac 2025, 3:41 pm

Wang jualan RM40,580.83 kedai elektrik lesap disyaki disonglap pekerja
29 Mac 2025, 4:23 pm

Gelongsor air kaca taman tema belum boleh beroperasi
29 Mac 2025, 11:18 am

2,906 pekerja dikerah jaga kebersihan cuti Aidilfitri
28 Mac 2025, 7:30 pm

Pemandu bas ekspres dikesan positif pil kuda
28 Mac 2025, 12:47 pm

Berang tidak dibayar gaji, dua lelaki positif dadah bakar jengkaut majikan
27 Mac 2025, 6:14 pm

Kenneth Chang dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile
27 Mac 2025, 8:39 am