fbpx

Masih ramai keliru penjarakan fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afzanizar mengadakan dialog bersama kira-kira 200 pengusaha premis makan mengenai SOP PKPP di Balai Polis Malim, Melaka hari ini.

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah hampir berakhir, namun masih ramai pengusaha restoran keliru dengan isu penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, itu hasil dapatan daripada dialog diadakan bersama kira-kira 200 pengusaha premis makan di Balai Polis Malim di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pertemuan itu, kebanyakan pengusaha meminta perincian mengenai penjarakan fizikal di dalam kedai makan.

“Secara keseluruhan, didapati mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP walaupun banyak isu berkenaan penjarakan fizikal dibangkitkan.

“Sebab itu kita adakan pertemuan ini untuk memperhalusi pemahaman teknikal dan nampaknya kefahaman itu boleh dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Taklimat SOP PKPP Bersama Pengusaha, Pemilik Restoran dan Kedai Makan Daerah Melaka Tengah di Balai Polis Malim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, sebanyak 82 kompaun bernilai RM1,000 setiap satu dikeluarkan kepada 82 individu atas kesalahan tidak mematuhi SOP PKPP sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu, 30 telah menjelaskannya dan kebanyakan kesalahan adalah pengusaha premis tiada rekod pelanggan, beroperasi lebih masa dan tiada alat periksa suhu badan.

“Bagaimanapun, bagi Daerah Melaka Tengah setakat ini belum ada kompaun tidak memakai pelitup muka dikenakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI