fbpx

Marquez kembali jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ berhasrat untuk turun pada aksi GP Republik Czech, namun plat titanium yang dipasang pada lengannya sebelum ini tertanggal menyebabkan dia perlu menjalani satu lagi pembedahan. – AFP

BARCELONA – Impian untuk melihat kelibat Marc Marquez menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Republik Czech pada hujung minggu ini mungkin tidak kesampaian apabila juara dunia MotoGP enam kali itu terpaksa menjalani pembedahan pada lengan kanannya semalam.

Pelumba pasukan Repsol Honda tersebut dimasukkan ke hospital semula selepas plat titanium yang dipasang pada tulang tangannya tercabut sehingga terpaksa menjalani pembedahan segera.

Difahamkan, plat titanium itu tercabut ekoran tindakan Marquez turun pada sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix (GP) Andalusia hanya selepas tiga hari menjalani pembedahan ekoran kemalangan di GP Sepanyol bulan lalu.

Ketika ini, keadaan Marquez dikatakan stabil dan tidak berdepan sebarang komplikasi terhadap tulangnya itu, namun pelumba berusia 27 tahun itu akan dipantau selama 48 jam di Hospital Universiti Dexeus, Barcelona.

“Marquez menjalani pembedahan 13 hari lalu dan hari ini dia kembali semula untuk menjalani pembedahan kedua. Pembedahan pertama kami lakukan de­ngan baik dan tidak jangka plat yang berada di tangan Marquez mengalami kerosakan.

“Plat titanium telah dikeluarkan dan diganti dengan yang baharu. Marquez tidak mengalami rasa sakit dan mengikuti nasihat perubatan yang diberikan.

“Malangnya, tekanan yang berlebihan telah menyebabkan masalah ini berlaku. Sekarang kami harus menunggu 48 jam untuk memantau keadaan Marquez,” kata pakar pembedahan hospital berkenaan, Dr. Xavier Mir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI