fbpx

Liga Europa bukan kelas kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kiri) tidak menganggap Liga Europa sebagai saingan kelas kedua sebaliknya trofi berkenaan masih tetap berprestij. – AFP

MANCHESTER – Manchester United kembali memberikan tumpuan mereka untuk mengharungi aksi 16 pasukan terbaik saingan Liga Europa menentang LASK di Old Trafford awal pagi esok dalam misi memburu trofi musim ini.

Bintang sensasi United, Bruno Fernandes percaya, status Liga Europa yang dianggap seperti saingan divisyen kedua di Eropah berbanding Liga Juara-Juara bukanlah suatu yang perlu difikirkan kerana yang paling utama adalah kejuaraan.

“Pasukan telah berjaya mencapai sasaran untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan tumpuan seterus­nya adalah untuk bersaing dalam kancah Liga Europa.

“Saya percaya, momentum kemenangan dapat diteruskan dan kelab seperti Manchester United tidak boleh memandang rendah meskipun beraksi dalam Liga Europa. Pada saya, ia masih lagi kejohanan yang menawarkan trofi berprestij.

“Apa yang penting, saya mahu semua rakan sepasukan fokus untuk satu perlawanan ke satu perlawanan dan buat masa ini, tumpuan harus diberikan pada aksi bertemu LASK,” kata pemain antarabangsa Portugal itu.

Sebagai rekod, skuad The Red Devils memiliki kelebihan 5-0 ke atas LASK pada aksi pusingan pertama 16 terbaik yang dilangsungkan di Linz, Austria pada Februari lepas sebelum saingan ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer dijangka menyenaraikan pasukan kedua pada aksi awal pagi esok dengan nama-nama seperti Juan Mata, Daniel James, Andreas Pereira dan Odion Ighalo berada dalam kesebelasan utama selepas mencatat kemenangan selepas pada aksi sebelum ini.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI