BEIRUT – Satu letupan kuat mengegarkan ibu kota Beirut awal pagi tadi sehingga mengakibatkan lebih 70 orang terbunuh dan 7,000 lagi cedera akibat letupan sebuah gudang bunga api dan dipercayai merebak kepada sebuah kilang bahan kimia.
Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab dalam portal berita negara itu menyebut letupan itu masih menjadi tanda tanya dan akan mencari dalang kejadian itu jika ia disebabkan perbuatan khianat.