fbpx

Lelaki meninggal dunia selepas mendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mangsa menggunakan pengusung apabila dia tidak sedarkan diri selepas melakukan aktiviti mendaki di Bukit Kledang, Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia selepas melakukan aktiviti mendaki di Bukit Kledang di sini pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Omar Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.30 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiba di tempat kejadian, anggota mendapati mangsa, Chai Cheong Loon dalam keadaan tidak sedarkan diri di kaki bukit berkenaan.

“Selepas pemeriksaan dibuat, mangsa masih tidak sedarkan diri sebelum anggota bertindak menghubungi pihak perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambah Omar, anggota membawa mangsa menggunakan pengusung untuk membawa mangsa keluar dari bukit berkenaan dalam tempoh 35 minit.

Katanya, pihak perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.15 pagi.

Bukit Kledang mempunyai ketinggian mencecah 808 meter dan terletak kira-kira 13 kilometer dari pusat bandar raya Ipoh. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI