fbpx

Kerajaan telah peruntuk RM60 juta untuk kampung baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan kampung baru Cina di seluruh negara apabila sebanyak RM60 juta peruntukan telah disalurkan pada tahun ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, daripada jumlah itu RM42 juta telah diperuntukan kepada pembangunan infrastruktur, RM5 juta untuk program bantuan baik pulih rumah dan RM13 juta skim pinjaman khas.

Jelas beliau, untuk mendapatkan peruntukan tersebut ketua-ketua kampung setiap kawasan harus membuat permohonan kepada pejabat KPKT.

“Kali ini kita akan memberi panduan kepada projek-projek yang akan diluluskan agar ia dapat memberi impak produktif.

“Program yang akan kita fokus dan luluskan antaranya melibatkan pemerdayaan wanita; orang muda; pendidikan, alam sekitar; ekonomi di kawasan- kawasan kampung; program kebersihan dan gotong-royong,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin (PH- Rasah) berkenaan peruntukan yang telah disalurkan kerajaan terhadap pembangunan kampung baru Cina pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI