fbpx

Kelab Aman, PHKL anjur Kejohanan Hoki Dalam Dewan Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEGAT D. Shahriman (dua dari kiri) memuji langkah yang diambil oleh Kelab Aman menganjurkan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Kuala Lumpur 2020.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Sikh Selangor Kelab Aman dengan kerjasama Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) bakal menganjurkan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Kuala Lumpur 2020 di Padang Hoki Tuanku Abdullah bulan depan.

Ia adalah kejohanan hoki dalam dewan tempatan pertama di Kuala Lumpur selepas sukan itu menjadi penyumbang emas negara pada dua temasya terakhir Sukan SEA sewaktu edisi Kuala Lumpur 2017 dan Manila 2019.

Timbalan Presiden Kelab Aman, Dr. Balbir Singh Gill berkata, pihaknya berharap semua kelab dan persatuan hoki dapat mengambil bahagian dalam kejohanan yang menyasarkan sebanyak 30 penyertaan.

“Kami menyasarkan sebanyak 20 pasukan bagi kategori terbuka dan 10 penyertaan untuk kategori veteran. Kami kini dalam proses untuk mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Keselamatan Negara.

“Kami menjangkakan sambutan hangat kerana majoriti komuniti sukan ini rindu untuk kembali beraksi selepas lima bulan tanpa sebarang aktiviti hoki,” katanya selepas majlis pelancaran kejohanan itu di Kelab Aman di sini petang tadi.

Sementara itu, Presiden PHKL, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin memuji langkah SSU Kelab Aman yang sudah bekerjasama dengan pihaknya menganjurkan kejohanan tersebut.

“Kami di PHKL akan sentiasa menyokong penuh usaha ahli gabungan dan komuniti hoki Kuala Lumpur untuk melaksanakan apa jua aktiviti berkaitan sukan hoki. Kerjasama erat sebegini amat penting dalam membangunkan sukan hoki,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI