fbpx

Diberkas selepas lerai motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa keluar motosikal curi dari sebuah bengkel di Kampung Perepat, Klang.

KLANG – Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditahan ketika melepak selepas dipercayai baharu meleraikan motosikal disyaki dicuri mereka di sebuah bengkel di Kampung Perepat di sini semalam.

Kesemua suspek berusia 13 hingga 31 tahun itu ditahan dalam Ops Lejang pukul 2.45 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, mereka dikehendaki selepas disyaki terlibat dalam jenayah curi motosikal di hadapan sebuah rumah seorang lelaki di daerah ini pukul 8 malam pada 17 Jun lalu.

Katanya, pemeriksaan menemui dua buah motosikal dalam keadaan mencurigakan di bengkel itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati nombor casis dan enjin dipercayai telah diubahsuai selain suspek gagal mengemukakan bukti berhubung motosikal tersebut.

“Bengkel itu dijadikan lokasi kepada suspek bagi tujuan melepak,meleraikan dan membaiki motosikal ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurulhuda menegaskan pihaknya turut merampas sebuah motosikal, sebuah rangka motosikal dan dua buah telefon bimbit.

Ujar beliau, semakan mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Siasatan masih diteruskan dengan dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini manakala remaja tersebut diberikan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI